Beberapa ahli PKR membuat laporan polis terhadap Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya baru-baru ini didakwa menghina Sultan Selangor.
Berikutan itu, tiga kumpulan telah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah itu di balai polis Petaling Jaya dan Shah Alam semalam.
Ketua Penerangan PKR Shah Alam Suryamuizzudin Kamarudin berkata, ceramah politik tidak seharusnya dijadikan platform untuk menghina institusi diraja.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain juga mengesahkan, Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman merakam percakapan Sanusi itu di sebuah hotel di Bangsar awal pagi tadi.