Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini mengisytiharkan Kerusi Parlimen P.161 Pulai sebagai kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Menurut beliau, selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, beliau telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 25 Julai 2023 kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Johari berkata, Parlimen Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Salahuddin dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang beriman serta beramal soleh.