Kerajaan Perpaduan ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan tidak akan tumbang walau apa pun keputusan pilihan raya di enam negeri, bulan depan.
Bekas penasihat DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, ramalan bahawa kerajaan Persekutuan tumbang jika parti-parti kerajaan kalah dalam pilihan raya negeri (PRN) adalah mengarut dan setakat cakap kosong sahaja.
Selain itu, beliau berkata janji daripada pemimpin parti-parti politik Sabah dan Sarawak untuk tidak menumbangkan kerajaan Persekutuan menunjukkan situasi itu tidak akan berlaku, walaupun pembangkang Perikatan Nasional (PN) berfikir ke arah itu.