Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau yakin Kedah mampu menjadi negeri paling maju sekiranya Kuala Lumpur berada berhampiran mereka.
Ujarnya, dengan ini juga hujah Selangor menjadi negeri termaju di bawah pentadbiran kerajan Pakatan Harapan dapat disangkal.
Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PN berkata Selangor tidak boleh dijadikan model negeri PH paling berjaya kerana bijak memerintah sebaliknya Selangor hanya menumpang tuah Kuala Lumpur.