Seorang individu berpangkat Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Pilah hari ini atas tuduhan memperdayakqn seorang lelaki berkenaan tawaran tender projek kerajaan bernilai RM8 juta, Oktober tahun lalu.
Tertuduh Datuk Nasarudin Mahmud, 57 tahun juga bekas setiausaha sulit kanan bekas timbalan menteri, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norma Ismail.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah menipu seorang lelaki supaya mempercayai telah membuat urusan suatu tawaran tender projek kerajaan dengan harga RM8 juta dan mendorong lelaki itu mempercayai akan menguruskan tender projek tersebut.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.