Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, dua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara sedang disiasat pihak berkuasa berhubung rasuah dan salah guna kuasa.
Ujarnya, beliau menerima maklumat ada unsur salah guna kuasa di JPN apabila proses untuk mendapatkan sijil warganegara dikenakan bayaran tertentu oleh mereka yang layak mendapat status kewarganegaraan.
Beliau bagaimanapun berkata, hal itu berlaku apabila terdapat kumpulan kecil yang masih biasa dengan sistem dan amalan lama termasuk Jabatan Imigresen berhubung sistem pengoperasian di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) yang memerlukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak.