Seorang wanita yang terpaksa melahir dan membesarkan anaknya di dalam penjara terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi Seremban hari ini, melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis 237.86 gram, kira-kira dua tahun lalu.
Hakim, Datin Rohani Ismail memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh, R. Devaki yang merupakan ibu kepada empat orang anak.
Devaki meluahkan rasa gembiranya dibebaskan dari tuduhan berkenaan dan menerima nasihat hakim untuk berhati-hati dalam memilih kawan.