Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengesan 12 rakyat Malaysia yang gagal dihubungi di negara itu.
Wisma Putra berkata, usaha itu dijalankan susulan laporan sekumpulan rakyat Malaysia yang masih tidak dapat dihubungi keluarga masing-masing berikutan fenomena hujan lebat melanda Wilayah Utara India pada 9 Julai 2023.
Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah dimaklumkan bahawa kumpulan itu sedang menyertai ekspedisi pengembaraan di Hampta Pass, Himachal Pradesh, India.