Bekas Setiausaha KBS dipenjara 15 tahun, denda RM284.2 juta - Utusan Malaysia

Bekas Setiausaha KBS dipenjara 15 tahun, denda RM284.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Otman Arsahd dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM284.2 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas 96 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, 11 tahun lalu.

Hakim Kamarudin Kamsun mensabitkan tertuduh atas 17 pertuduhan melibatkan tuntutan palsu, 15 pertuduhan salah guna kedudukan dan 64 pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar kesemua harta seperti dalam lampiran dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia mengikut Seksyen 40(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya