Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari akan dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenanginya.
Perkara itu diumumkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas melihat prestasi Selangor yang mempunyai pertumbuhan ekonomi sehingga meyakinkan pelaburan-pelaburan asing.
Amirudin yang juga merupakan Pengerusi PH Selangor sebelum ini dilantik menjadi Menteri Besar yang ketiga sejak pertukaran kerajaan daripada BN kepada PH pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.