Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas dua pertuduhan menghasut dalam satu ceramah politik minggu lalu.
Muhammad Sanusi, membuat pengakuan tidak bersalah tersebut selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
Mengikut kedua-dua pertuduhan itu, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut serta membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.