Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan bekas penyampai radio (DJ), Ismahalil Hamzah daripada pertuduhan mengedar dadah di rumah sewanya di Jalan Semarak, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas berpuas hati pihak pembelaan berjaya membuktikan kesnya melampaui tahap keraguan munasabah.
Pengasas stesen radio ‘Bapakku FM’ itu kelihatan menangis dan membuat sujud syukur sebaik sahaja hakim berkenaan selesai mengumumkan keputusannya dalam mahkamah yang penuh sesak dengan ahli keluarga dan rakannya yang mengikuti prosiding berkenaan.