Seorang guru tadika berusia 56 tahun ditemui maut dalam rumahnya di Taman Kota Laksamana Melaka, petang semalam selepas dipercayai menikam dirinya menggunakan pisau.
Difahamkan, sebelum itu wanita berkenaan cuba membunuh anak lelakinya yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 26 tahun dengan menikam leher mangsa.
Kejadian terbongkar selepas anak wanita itu yang terselamat, namun mengalami kecederaan parah menelefon neneknya dan memaklumkan, lehernya ditikam oleh si mati.