Tiga termasuk seorang wanita ditemukan mati lemas di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di kawasan hentian rehat Yong Peng, malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.59 malam itu, mangsa yang ditemukan tidak bernyawa terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 23 hingga 27 tahun.
Difahamkan, ketiga-tiga mangsa dipercayai meninggal dunia akibat terhidu gas karbon monoksida ketika berehat di hentian berkenaan.