Seorang pengarah syarikat perkhidmatan media memberitahu bahawa beliau menerima hampir RM23 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sebagai upah menulis ucapan dalam Bahasa Inggeris.
Datuk Mohd. Omar Mustapha daripada syarikat Semarak Konsortium Satu Sdn. Bhd memeberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pelantikan syarikat itu dalam penyediaan ucapan tersebut tidak pernah dibuat secara rasmi sebaliknya hanya dibuat secara lisan.
Beliau menerima 39 keping cek antara 3 Mac 2011 hingga 23 April 2014, atas kesemua perkhidmatan yang telah diberikan.