Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Penggal Ke-14 berkuatkuasa 23 Jun ini pada Istiadat Pengisytiharan Pembubaran di Istana Alam Shah, hari ini.
Pembubaran itu berkuatkuasa bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka akan berlangsung pada Julai depan.
Terdahulu pengumuman tersebut dibacakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani di hadapan baginda dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Speaker, Ng Suee Lim dan Ahli Dewan Diraja Selangor.