Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut dipercayai terkena panahan petir berdekatan Pulau Merambong Iskandar Puteri, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi ketika mangsa dikatakan sedang mendapatkan pelampung untuk menarik jaring yang dipasang bagi tujuan menangkap ketam.
Beliau berkata, bapa mangsa cuba menyelamatkan mangsa dengan menarik tangan anaknya itu sebelum dibantu nelayan yang berada berhampiran tempat kejadian.