Seorang pegawai polis wanita tular yang dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ tiba di Mahkamah Majistret Selayang pada pukul 8.55 pagi tadi.
Difahamkan, hari ini pendakwaan akan dibuat mengikut dua seksyen.
Ketika disapa pihak media dengan kata-kata “good morning” “Inspektor Shiela” kemudian membalas “good morning”.
Sebelum ini, tular seorang penjawat awam yang dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ dikatakan merendah-rendahkan pangkat anggota polis lain.
Sejurus kejadian tular itu, sebanyak lapan kertas siasatan dibuka dan tindakan ditahan tugas dikenakan ke atas pegawai polis itu ‘Inspektor berikutan beberapa siri kekecohan yang tular di media sosial.