Mahkamah Syariah Perlis bakal melaksanakan sesi perbicaraan bagi kes-kes penceraian secara tertutup dan terhad di antara pihak-pihak yang berkhilaf sahaja.
Keputusan tersebut dibuat melalui arahan Ketua Hakim Syarie negeri, Jaidi Ahmad setelah dipersembah maklum dan diperkenankan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah berkenan agar perbicaraan secara tertutup dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) bermula 1 Julai ini.