Rayuan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad terhadap sabitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda bagi kesalahan rasuah, ditangguhkan kali kedua oleh Mahkamah Rayuan hari ini.
Peguam Datuk Salehuddin Saidin yang mewakili Mohd. Isa memaklumkan, anak guamnya dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Seremban, Negeri Sembilan sejak semalam kerana menghadapi masalah jantung.
Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi mensabitkan Mohd. Isa, 73 tahun, atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak, oleh Felda.