Seorang wanita ditahan polis selepas dipercayai merosakkan pintu rumah bekas teman lelakinya yang juga pemain bola sepak Sabah.
Wanita itu ditahan pada jam 8 malam tadi, bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, tangkapan dibuat susulan daripada laporan polis yang dibuat pemain bola sepak berkenaan pada 17 Jun lalu.