Siapa sahaja tidak mengenali pelakon cantik, Datin Maria Farida yang sudah lama berkecimpung dalam industri seni tempatan. Menerusi temu bual eksklusif MMTV bersama Datin Maria Farida baru-baru ini, beliau menjelaskan pada awalnya beliau sekadar mahu mencuba untuk berlakon namun tidak menyangka minat beliau itu bertukar menjadi kerjaya.
Ujarnya, perjalanan bergelar anak seni sepanjang 30 tahun ini bukanlah sesuatu yang mudah namun pelakon Bisikan Cinta ini menjelaskan beliau tidak merasakan dirinya mangsa stereotaip.
Malah, sepupu kepada pelakon Badrul Muhayat ini juga berasa terharu dan gembira terhadap sokongan peminat kepada dirinya.