Mahkamah Majistret di sini telah menetapkan 6 Julai 2022 bagi sebutan semula kes seterusnya atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram.
Majistret Zhafran Rahim Hamzah menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Asnawi Abu Hanipah memaklumkan pihak pendakwaan akan membuat siasatan lanjut berhubung pertuduhan itu.
Peguam Arif Azmi dan Azizul Shariman Mat Yusof dan Yusmadi Yusoff tidak membantah dengan tarikh sebutan baharu itu seperti yang dipohon pihak pendakwaan.
Mengikut pertuduhan Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).