KUALA LUMPUR : Pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Erra Fazira, 48, mendoakan yang terbaik buat, Shahir Zawawi yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Mengakui masih lagi menjalinkan hubungan yang baik dengan bekas kekasihnya itu , jelas Erra dia juga yakin, Shahir sendiri sudah bersedia untuk melayari alam rumah tangga.