PETALING JAYA: Syawal 2022 dimeriahkan lagi dengan kemunculan filem baharu Tiga Janda Melawan Dunia arahan pengarah muda, Hyrul Anuar.
Menampilkan pelakon berpengalaman seperti Khatijah Tan, Raja Azura, Normah Damanhuri dan sebagainya, filem berkenaan mempamerkan sisi komedi berbeza persis filem lakonan antarabangsa, Stephen Chow.
Menginspirasikan kisah keluarga di kampung, filem berkenaan diangkat dengan mengetengahkan pelakon yang mencuit hati untuk merialisasikan impian menghadiri sebuah konsert yang menjadi latar filem berkenaan.
Tiga Janda Melawan Dunia bakal menemui penonton pada 19 Mei 2022. – MMTV