KUALA LUMPUR: Lega hati pelakon terkenal, Shah Iskandar, 39, apabila dia akhirnya dapat pulang ke pangkuan keluarga tercinta di Singapura pada 2 April lalu.
Ketika dihubungi, jelas pelakon drama Teduhan Kasih itu, dia dan isteri sepatutnya pulang pada 26 Mac 2022, namun selepas dia dijangkiti Covid-19, mereka terpaksa pulang setelah habis kuarantin kendiri.
“Perasaan mula-mula kecewa, rasa banyak halangan. Tetapi, pada 2 April itu segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah masuk Singapura pun sangat lancar.
“Perkara pertama yang saya buat terus ke tempat kerja emak buat kejutan. Saya peluk emak di tengah-tengah tempat kerja.