PETALING JAYA: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan beberapa inisiatif terbaharu dalam usaha menambah baik aspek kebajikan dan kesejahteraan anggota, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta ahli keluarga.
Beliau yang ditemui ketika menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada ATM pada 14 April lalu berkata, sebanyak 77 agensi yang terdiri daripada badan korporat, badan berkanun, syarikat swasta dan persatuan–persatuan sukarela telah memberikan sumbangan.
Menyentuh berkaitan pencapaian suku pertama 2022, beliau memberitahu, tiga daripada tujuh Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) yang disasarkan siap tahun ini selesai melibatkan 305 unit kem segamat, 204 unit kem pakit dan 20 unit kem oran. – MMTV