Setelah menjelajah ke Utara dan Pantai Timur, Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran ERA Foods My dan Media Mulia kini berlabuh di Kuala Lumpur.
Mula dikerumuni pengunjung seawal pukul 3.00 petang lagi. Keenakan bubur lambuk Masjid Kampung Baru semestinya dinantikan warga kota setiap kali menjelang Ramadan.
Membawa misi untuk berkongsi keberkatan di bulan Ramadan, pihak ERA juga mengambil peluang menyediakan beras Nagasari yang berkualiti untuk diedarkan kepada orang ramai.
#ERAFoodsMy #MasakBersamaDapurERA #EnakDinikmatiBersama #TakRayaTanpaERA
#BasmathiUntukSemua