Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersama Kementerian Dalam Negeri (MOHA) mengadakan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 bermula 28 Mac hingga 31 Mac bertempat di ibu negara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan DSA dan NATSEC Asia 2022 ini menjadi salah satu kejayaan buat Mindef kerana ia merupakan pameran antarabangsa pertama dan terbesar diadakan selepas wabak pandemik menyerang seluruh dunia.
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2022 bakal berlangsung dalam tempoh dua tahun akan datang iaitu 6 Mei hingga 9 Mei 2024. – Utusan