KUALA LUMPUR: Kempen ‘YEG Pesta Sambung Belajar’ yang dijalankan YEG Academy meletakkan matlamat untuk membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuat pemilihan bidang pengajian yang tepat.
Dalam usaha itu, YEG turut menyediakan sebuah platform pendidikan yang menawarkan pelbagai jenis program dalam bidang-bidang tertentu yang terjamin dalam pasaran kerjaya. – Utusan