GOMBAK: Suasana menjelang perayaan Thaipusam di Kuil Subramaniar Batu Caves Selangor mewujudkan suasana yang berbeza berikutan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Bagaimanapun, perkara itu tidak mematahkan semangat penganut Hindu untuk meraikan perayaan berkenaan bermula 14 Januari hingga 19 Januari nanti. – UTUSAN