MELAKA: Fenomena banjir termenung yang berlarutan hampir tiga minggu di empat kampung di Jasin dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya Jumaat ini.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Bakar Katain berkata, langkah penyelesaian berhubung masalah itu telah dicapai antara pihaknya dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengepam air bah ke Sungai (Sg.) Lanchang dan seterusnya mengalir ke Sg. Kesang.