Seekor buaya jenis tembaga matang seberat lebih kurang 100 kilogram dengan panjang lebih dua meter ditemukan mati di Pantai Cermin, Port Dickson pada hari semalam.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli ketika dihubungi berkata, penemuan bangkai buaya tersebut dimaklumkan kepada pihaknya oleh pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
Kali terakhir kematian buaya dilaporkan di Port Dickson adalah sekitar tahun 2010 namun pada tahun lalu pihaknya ada menerima aduan penemuan buaya yang masih hidup cuma di lokasi berbeza.
Orang awam juga dinasihatkan untuk berhati-hati apabila berhadapan dengan hidupan liar dan memaklumkan segera kepada pihak jabatan sekiranya menjumpai bangkai hidupan liar.