TEMERLOH: Beberapa kawasan di daerah Temerloh, Pahang dilihat semakin pulih selepas dilanda banjir besar bermula 18 Disember lalu.
Meskipun terpaksa mengalami kerugian harta benda termasuk industri ternakan ikan patin, masyarakat di daerah berkenaan bagaimanapun reda dengan situasi yang menimpa mereka dan bertekad untuk memulakan kehidupan baharu. – UTUSAN