Syed Mokhtar kekal pemegang saham terbesar Media Prima

Syed Mokhtar kekal pemegang saham terbesar Media Prima

MEDIA PRIMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Media Prima Berhad mengesahkan bahawa Aurora Mulia Sdn. Bhd. (AMSB), syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary masih lagi pemegang saham terbesar dengan pegangan 353.82 juta saham atau 31.90 peratus dalam syarikat media tersebut.

Syarikat itu dalam kenyataan berkata, Syed Mokhtar memegang kepentingan tidak langsung dalam kumpulan itu berdasarkan pegangan sahamnya dalam AMSB.

Sehubungan itu Media Prima menjelaskan pemberhentian Sutera Bakti Sdn. Bhd. (SBSB), Tradewinds Group (M) Sdn. Bhd. (TGM) dan Restu Jernih Sdn. Bhd. (RJSB) sebagai pemegang saham besar tidak langsung melalui kepentingan di bawah Seksyen 8 Akta Syarikat, 2016 dalam AMSB.

“Pengumuman itu malangnya disalahertikan dengan memberi bayangan Aurora Mulia dan Syed Mokhtar tidak lagi menjadi pemegang saham utama syarikat.

“Syarikat ingin memaklumkan bahawa melalui surat bertarikh yang sama yang diterima oleh syarikat, AMSB telah mengesahkan bahawa ia masih memegang kepentingan langsung sebanyak 353.82 juta saham yang mewakili 31.90 peratus dalam syarikat itu.

“Syed Mokhtar memegang kepentingan tidak langsung dalam syarikat berdasarkan pegangan sahamnya dalam AMSB,” katanya.

Media Prima juga menegaskan bahawa penjelasan ini bertujuan untuk memastikan ketelusan sepenuhnya dan menangani sebarang kemungkinan salah faham yang timbul daripada pengumuman syarikat kepada Bursa Malaysia pada 7 Oktober 2024.

Penjelasan itu dibuat dengan merujuk kepada tiga pengumuman yang dikeluarkan oleh syarikat kepada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia) pada 7 Oktober 2024 berkaitan dengan Notis Berhenti Menjadi Pemegang Saham Substansial Mengikut Seksyen 139 Akta Syarikat 2016. .-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN