Saya datang sini bukan untuk menipu - Rossi

Saya datang sini bukan untuk menipu – Rossi

ROSSI (kiri) ketika mengadakan perjumpaan buat kali pertamd engan pihak media, semalam.-IHSAN MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), yang baharu, Giorgio Pompili Rossi mengakui kehadirannya dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) bukan sekadar untuk menabur janji kosong.

Sebalik, individu yang berasal dari Sepanyol itu mahu terlebih dahulu memahami sistem bola sepak tempatan secara keseluruhan sebelum melakukan perubahan dan menambah baik penganjuran liga bola sepak di Malaysia.

Dalam masa yang sama, Rossi berkata, dia menyedari isu kewangan yang melanda pasukan Liga M ketika ini, namun menjelaskan komitmen dari semua pihak ditagih bagi menyelesaikan masalah itu dan bukan diletakkan di atas bahunya seorang.

“Ia cabaran untuk semua orang. Saya sedar dengan isu gaji dan masalah kewangan. Saya sedar mengenai isu yang anda semua cakapkan namun saya percaya perkara ini perlu dianalisis.

“Kita kena kaji dengan lebih mendalam mengenai hal ini. Kita kena fahamkan betul-betul bagaimana untuk tingkatkan kestabilan kewangan, itu pertama. Namun, ini bukannya dapat dilakukan dalam sekelip mata. Tidak boleh.

“Saya memerlukan masa. Ada transisi daripada persatuan bola sepak kepada kelab bola sepak. Kemudian berlakunya wabak Covid-19 dan perancangan tidak mengikut garis masa yang ditetapkan.

“Saya di sini bukan untuk buat janji atau saya adalah penyelesaiannya. Itu menipu. Memandangkan saya tidak suka menipu penyelesaian hadir selepas berjumpa dengan kelab dan lakukan analisis.

“Saya bukan datang untuk berikan janji perkara yang saya tidak boleh lakukan. Saya tidak akan melakukannya. Anda selalu diberi janji beberapa tahun ini dan saya tidak akan melakukannya,” kata Rossi kepada pemberita, semalam.

Terdahulu, isu gaji telah membelenggu beberapa pasukan Liga Super dan terbaharu Kedah Darul Aman (KDA FC) dipalit isu yang sama malah semakin meruncing apabila pemain memboikot sesi latihan.

Selain KDA FC, Kuala Lumpur City (KL City) FC turut dipalit dengan isu yang sama malah pemain mereka turut tidak dibayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mencecah RM700,000.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya