PETALING JAYA: Ketua jurulatih Speedy Tigers, Sarjit Singh mengakui benteng pertahanan negara mempamerkan peningkatan biarpun tumpas 0-5 kepada Belanda dalam aksi persahabatan Siri Jelajah Eropah. Menurut Sarjit, barisan pertahanan negara meraih pengalaman berguna berdepan dengan pasukan No.1 dunia dan beliau menyifatkan pendedahan itu sebagai platform terbaik untuk pemain muda negara. “Permainan berintensiti dan aksi yang baik berjaya dipamerkan oleh pemain. Perlawanan hari ini (kelmarin) menyaksikan mereka lebih bekerja keras dan struktur pertahanan lebih baik berbanding menentang Jerman, Isnin lalu. “Perlawanan ini juga menyaksikan mereka tidak hanya sekadar bertahan namun bermain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya