NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan resolusi untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta di Gaza.
Kesemua 14 Ahli Majlis UNSC mengundi bersetuju termasuk Russia dan China, manakala, Amerika Syarikat (AS) mengambil pendirian berkecuali dan tidak menggunakan kuasa veto menghalang resolusi itu.
Resolusi itu akan memastikan gencatan senjata sementara dan secara kekal dilaksanakan, sejak perang berlanjutan dari 7 Oktober lalu.
Kandungan resolusi itu turut menuntut pejuang Hamas membebaskan baki tawanan di Gaza.
Keputusan berkenaan mengundang kemarahan rejim Zionis yang bertindak membatalkan kunjungan ke AS sebagai tanda protes.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby berkata, negara itu mengambil sikap berkecuali kerana kandungan resolusi itu tidak mengutuk pejuang Hamas.-BBC