KUALA LUMPUR: Pemain pertahanan, Feroz Baharudin kembali meletakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) di hadapan 2-1 selepas menyudahkan sepakan penjuru yang diambil Heberty Fernandes.
Feroz yang dimasukkan pada minit ke-63 bagi menggantikan Shane Lowry berjaya melonjak tinggi untuk melakukan tandukan, sekali gus menewaskan Suhaimi Hussin di pintu gol Terengganu FC.-UTUSAN