Josiah, Isabella muncul juara Kejohanan Remaja Saujana 100PL

Josiah, Isabella muncul juara Kejohanan Remaja Saujana 100PLUS

JOSIAH dan Isabella muncul juara bagi kategori lelaki dan wanita Kejohanan Remaja Saujana 100PLUS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain remaja Australia, Josiah Edwards muncul juara bagi kategori lelaki Kejohanan Remaja Saujana 100PLUS yang berlangsung di Saujana Golf & Country Club, Subang.

Dalam kejohanan yang berlangsung selama tiga hari, pemain berumur 16 tahun itu mengumpul 217 pukulan keseluruhan selepas mendahului perlawanan selama dua hari dengan 146 pukulan.

Jumlah pukulan keseluruhan yang dicatatkan pemain itu adalah dua pukulan melebihi pemenang di tempat kedua, Daichi Hayashi dari Jepun yang mencatatkan 219 pukulan.

Hayashi yang berumur 13 tahun itu bagaimanapun mencatatkan pukulan terendah hari ini dengan 69 pukulan.

Sementara itu, Nathan Wong berjaya menduduki di tempat ketiga dengan mencatatkan 220 pukulan secara keseluruhan apabila mencatatkan 71 pukulan hari ini, iaitu 1 pukulan di bawah par.

Dalam sembilan lubang pertama, Josiah bermain secara konservatif dengan melakukan birdie pada dua lubang Par lima dan bogey pada lubang tiga dan lapan.

Nathan tewas dengan dua pukulan lagi melalui bogey dengan Hayashi terus mengejar Josiah dengan empat pukulan di belakang.

Permainan semakin sengit di lubang ke-14 Par lima, 517 ela apabila Josiah dan Hayashi melakukan birdie ketika Nathan membuat eagle menerus pukulan tee yang jauh dan bola jatuh lima kaki dari pin.

Josiah juga hanya berjaya mendapat bogey di Par tiga di lubang ke-15 dan defisit pendahuluannya berkurang kepada tiga pukulan.

Hayashi mengumpul birdie di lubang 16 dan 17 untuk berkedudukan hanya satu pukulan daripada Josiah ketika mereka mara ke lubang terakhir.

Malangnya bagi Hayashi apabila pukulan teenya memasuki perangkap pasir di fairway dan hanya mampu mencecah pukulan kedua sejauh 25 ela, manakala Josiah dan Nathan berada di green dengan dua pukulan.

Selepas melakukan dua putt mudah, Josiah kemudiannya mengesahkan kemenangan dalam kejohanan pertamanya di bumi Malaysia.

Nathan menduduki tempat ketiga dengan 220 pukulan dan Nor Haqeim Hadi di nombor keempat dengan 224 pukulan.

Sementara itu, bagi kategori wanita, menyaksikan perebutan dramatik antara pendahulu Wang Xin Yao pada 146 dan Isabella Yan yang berada empat pukulan di belakang dengan catatan 150 pukulan.

Mencatatkan bogey di lubang tiga, empat dan lima, Xin Yao memberikan Isabella peluang untuk mengejar dan kemudiannya berada satu pukulan di belakang.

Satu lagi bogey oleh Xin Yao di Par empat, lubang kesembilan menyaksikan Isabella mendahului dengan satu pukulan selepas membuat birdie.

Xin Yao membalasnya dengan pukulan birdie di lubang ke-10 untuk meneruskan perubatan juara bagi kategori wanita.

Kedudukan pendahulu kemudiannya bertukar tangan beberapa kali di lubang 12 dan 15 dengan kedua-dua pemain menamatkan permainan dengan genap membuat 220 pukulan yang memaksa permainan diteruskan melalui playoff di Par empat, 347 ela lubang ke-18

Pukulan tee kedua-dua pemain berada di fairway dengan bola Isabella berada dalam jarak 120 ela dari pin, sementara Xin Yao hanya 115 ela ke bendera.

Pukulan ke green Isabella kemudiannya menjatuhkan bola 10 kaki dari pin tetapi Xin Yao membuat kesilapan dengan pukulan bola yang memasuki dalam air 30 ela dari green.

Xin Yao kemudiannya memasuki green dengan empat pukulan selepas dicampur penalti dan Isabella kemudiannya dengan tenang membuat dua putt untuk mendapat par dan seterusnya memberi gelaran pertamanya untuk tahun ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya