Geran Padanan Sukan terima lebih 125 permohonan

Geran Padanan Sukan terima lebih 125 permohonan

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bergambar bersama peserta sempena “ The 14th International Figure Skating Competition and 3rd Ice Skating Institute Asia Championship 2023 Skate Malaysia” di Sunway Pyramid. Utusan / Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menerima lebih 125 permohonan Geran Padanan Sukan (GPS) yang diperuntukkan untuk tujuan penganjuran program dan aktiviti sukan di negara ini.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, KBS akan meneliti semua permohonan yang dibuat syarikat, persatuan sukan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan koperasi berdaftar sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Julai ini.

“Sekarang sudah ada lebih 125 permohonan diterima dan kumpulan pertama permohonan sudah pun diluluskan. Ia bersifat penganjur bayar dahulu dan tuntut semula dengan KBS.

“Objektif utama GPS ialah kita mahu membantu prestasi atlet dan naikkan ranking mereka dengan menyertai lebih banyak kejohanan supaya mereka dapat menilai prestasi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Skate Malaysia 2023 dan Siri ke-3 Kejohanan Ice Skating Institute Asia (ISIAsia) di Sunway Pyramid Ice hari ini.

Mengulas mengenai penganjuran acara berkenaan, Hannah berkata, Sunway Pyramid telah menjadi lokasi tumpuan untuk sukan berkenaan sejak sekian lama dan wajar menjadi contoh.

“Saya galakkam pusat beli belah agar mereka boleh maksimumkan penggunakan ruang untuk promosikan aktiviti sukan. Ada banyak jenis sukan boleh dianjurkan dan tidak memerlukan ruang besar pun,” katanya.

Skate Malaysia 2023 dan Siri ke-3 Kejohanan ISIAsia akan berlangsung bermula hari ini sehingga Isnin depan dengan melibatkan 450 peserta dari tujuh negara iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, China, Amerika Syarikat dan Kuwait.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya