Jangan pandang mudah cabaran Harimau Malaya- Francesco

Jangan pandang mudah cabaran Harimau Malaya- Francesco

FRACESCO dalam sidang akhbar pra perlawanan antara Malaysia menentang Maldvies di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.-Ihsan FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Maldives, Moriero Francesco meminta barisan pemainnya tidak memandang skuad Harimau Malaya ‘sebelah mata’ walaupun Malaysia kini dibarisi rata-rata pemain baharu.

“Saya melihat pasukan Malaysia ketika ini begitu kuat dengan memiliki ramai pemain berkualiti. Justeru, saya anggap ia adalah ujian yang menarik buat barisan pemain saya untuk membuktikan keupayaan mereka.

“Apa yang boleh saya perkatakan ialah perbezaan ketara skuad Malaysia yang sekarang berbanding sebelum ini adalah mentaliti selain mereka menerapkan corak taktikal yang lebih bagus.

“Apa sahaja keputusan yang diraih nanti tidak penting kerana apa yang lebih mustahak adalah barisan pemain kami dapat meraih pengalaman di pentas antarabangsa,” katanya pada sidang akhbar pra perlawanan hari ini.

Malaysia akan turun berdepan Maldives dalam aksi ujian terakhir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok sebelum terbang ke Myanmar untuk perlawanan pertama Kumpulan B pada 21 Disember ini untuk menyertai Piala AFF 2022.

Sementara itu, pemain pertahanan Maldives, Samooh Ali turut senada dengan apa yang dikatakan oleh pengendali import dari Perancis itu selain percaya corak permainan Malaysia ketika ini lebih agresif dibawah kendalian Kim Pan Gon.

“Kita dapat lihat Malaysia memainkan taktikal yang positif dengan intensiti yang sangat tinggi berbanding kali terakhir kami bertemu mereka sebelum ini.

“Secara keseluruhan, saya harap barisan pemain akan tetap berikan yang terbaik dalam usaha melakar keputusan positif,” katanya.-UTUSAN ONLINE

 

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya