Penyeludupan punca bekalan telur kurang

Penyeludupan punca bekalan telur kurang

ANNUAR Musa (kanan) beramah mesra bersama sebahagian mangsa ribut di Kampung Tegayong, Melor, Kota Bharu, Kelantan. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Aktiviti penyeludupan telur ke Thailand antara punca utama berlakunya kekurangan bahan mentah itu di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, keadaan itu berlaku berikutan harga telur yang dijual negara jiran adalah jauh lebih mahal berbanding di negara ini.

Menurutnya, penyeludupan itu sekali gus menyebabkan bekalan telur mengalami kekurangan sehingga lebih 100,000 biji sebulan..

“Jadi kita ingin membuat rayuan kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan supaya dapat memberikan kerjasama kepada jawatankuasa untuk tidak membawa telur ke Thailand.

“Walaupun kita tahu ada keuntungan yang baik dan kita harap ia dapatlah difahami di mana kerajaan perlu menambah RM20 juta sebulan untuk pulihkan bekalan, tetapi impak daripada itu tidak dapat dilihat sampai sekarang,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut di Kampung Tegayong, Melor di sini hari ini.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia memberitahu, bekalan telur berkenaan tidak dapat ditambah dengan kadar segera memandangkan proses ayam gantian untuk menghasilkan telur baharu memerlukan tempoh masa sehingga empat bulan.

“Ayam telur yang betul-betul tidak lagi produktif disembelih terlebih awal sedangkan ayam tersebut masih lagi mampu mengeluarkan telur.

“Oleh itu, proses ayam gantian untuk mendapatkan bekalan telur baharu itu agak lambat dan ini bermakna jangkaan untuk pulih bekalan telur ini mungkin pada akhir Disember ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya