HAITI: Seramai 304 orang mati akibat gegaran gempa bumi kuat dengan 7.2 skala Richter melanda bandar Saint Louis du Sud, Haiti.
Gempa bumi yang melanda barat negara itu menyebabkan bangunan gereja dan hotel runtuh dan hancur akibat bencana tersebut.
Perdana Menteri, Ariel Henry mengisytiharkan darurat selama sebulan akibat kerosakan teruk di beberapa kawasan.
Katanya, pihaknya sudah mengerahkan pasukan keselamatan melakukan usaha menyelamat.
“Perkara paling penting adalah memastikan seberapa ramai yang masih hidup di bawah runtuhan.
“Hospital dimaklumkan mengalami kesesakan dengan mangsa yang cedera dan patah tulang,” katanya.
Kali terakhir negara itu dilanda gempa bumi kuat pada 2010. -BBC