Penuntut lemas selepas motosikal terjunam dalam sungai - Utusan Malaysia

Penuntut lemas selepas motosikal terjunam dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang penuntut GiatMara Mersing ditemukan lemas selepas motosikal Yamaha Y15 ditunggangnya dipercayai terbabas ke dalam Sungai Jemaluang di Jalan Sekakap, di sini malam tadi.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Ahmad Danish Zaquan Ahmad Yazir, 19, dipercayai gagal menyelamatkan diri selepas motosikal berkenaan terjatuh ke dalam sungai pada pukul 11.36 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Alias Hussin berkata, seramai 15 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dikejar ke lokasi setelah pihaknya dimaklumkan tentang kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi mencari dan menyelamat digerak sebelum mayat mangsa ditemukan pada jarak 100 meter dari lokasi terakhir mangsa. Mangsa ditemukan pada pukul 7.55 pagi.

“Anggota bertindak menyerahkan mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani ketika mengesahkan kejadian berkata.

“Pencarian mangsa dimulakan sejak malam tadi di lokasi. Mayat mangsa telah ditemukan pagi ini dan dibawa ke Hospital Mersing untuk urusan bedah siasat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini