Najib masih belum bayar denda RM50 juta

Najib masih belum bayar denda RM50 juta

MOHD. Dusuki Mokhtar (dua dari kiri) pada Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Jabatan Peguam Negara di SK Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ROHANA ISMAILMOHD. Dusuki Mokhtar (dua dari kiri) pada Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Jabatan Peguam Negara di SK Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih belum melunaskan denda RM50 juta yang perlu dibayar bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, bekas pemimpin utama negara itu kekal menjalani hukuman di penjara selagi tidak membayar denda tersebut.

Katanya, bagaimanapun tiada tempoh masa ditetapkan untuk Najib menjelaskan denda tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak ada tempoh masa yang ditetapkan untuk Datuk Seri Najib bayar denda tersebut.

“Selagi tidak bayar, beliau kekal berada di penjara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Jabatan Peguam Negara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Hor, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.

Perkara itu diumumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Susulan itu, peguam Najib memaklumkan tidak mampu membayar denda RM50 juta yang dikenakan sebagai syarat untuk membolehkannya menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilaporkan berkata, Najib tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk menjelaskan denda berkenaan.

UMNO kemudian melancarkan Tabung Solidariti Najib untuk membantu melunaskan jumlah itu serta menggesa pemimpin, ahli dan penyokong parti turut menyumbang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini