Orang muda tidak boleh jadi alat kelompok tertentu

Orang muda tidak boleh jadi alat kelompok tertentu

ANWAR Ibrahim semasa berucap pada Majlis Perasmian Forum Ekonomi Belia 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Golongan muda tidak boleh dijadikan alat kepada mana-mana individu, parti atau kelompok sehingga kehilangan kebebasan untuk berfikir, bersuara serta mengemukakan pandangan secara kritis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, anak muda sebaliknya perlu memainkan peranan sebagai pemimpin masa kini dan perlu berani bersuara serta mengkritik dengan berasaskan ilmu mahupun hujah.

“Saya tidak ada masalah kalau anak-anak boleh buat usul dan resolusi, berhujah. Kalau ada usul (kepada Perdana Menteri), patut buat begini, mengapa tidak cukup hari ini, saya tidak ada masalah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerana saya tidak fikir saya ini sebagai Perdana Menteri mempunyai pengetahuan yang semua yang sempurna dan boleh lakukan semua. Tidak, saya mahu mendengar,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Forum Ekonomi Belia 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Anwar turut berkata, golongan muda juga tidak seharusnya taksub kepada mana-mana individu, parti atau kaum.

Katanya, golongan tersebut perlu menimba ilmu dan berpegang kepada kebenaran dan keadilan.

Beliau berkata, golongan muda perlu diberi ruang untuk mengenali dan memahami pelbagai pemikiran serta tradisi ilmu.

Ia termasuk daripada dunia Islam, timur dan barat, tanpa menolak sesuatu pemikiran secara keseluruhan hanya kerana perbezaan latar belakang, ujar Anwar.

“Mesti taksub dengan ilmu, dengan kebenaran, dengan keadilan, dengan kemanusiaan,” jelasnya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyeru golongan muda supaya berani menolak rasuah dan salah guna kuasa tanpa mengira kaum, agama atau kelompok, selaras dengan prinsip kebenaran, keadilan dan kemanusiaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN