Kerajaan Negeri Sembilan wartakan pemecatan dua Undang dipertikai

Kerajaan Negeri Sembilan wartakan pemecatan dua Undang dipertikai

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah mewartakan pemecatan dua Undang yang kedudukannya dipertikaikan serta pemasyhuran pengganti bagi jawatan Undang Rembau dan Undang Sungei Ujong

Dokumen warta bertarikh 23 Oktober lalu yang ditandatangani Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan, Raja Norazli Raja Nordin itu, antara lain mengesahkan pemecatan Datuk Mubarak Thahak daripada jawatan Undang Luak Sungei Ujong berkuat kuasa 13 Mei 2025.

Turut diwartakan adalah pemecatan Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid sebagai Syahbandar Sungei Ujong yang berperanan sebagai pengimbang kuasa terhadap Undang di luak berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Warta berkenaan juga mengesahkan pemecatan Datuk Maarof Mat Rashad sebagai Undang Luak Jelebu berkuat kuasa 31 Mei 2023.

Menurut dokumen itu, pemecatan berkenaan dibuat bagi mematuhi keputusan yang dicapai oleh pemimpin adat di wilayah masing-masing.

Selain itu, warta berkenaan mengiktiraf pemasyhuran Hasan Ab Hamid sebagai Undang Luak Rembau, sekali gus mempertikaikan kedudukan Abdul Rahim Yasin yang sebelum ini dikaitkan dengan jawatan berkenaan.

Warta sama turut mengiktiraf pemasyhuran Muhammad Faris Johari sebagai pengganti Mubarak bagi jawatan Undang Luak Sungei Ujong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini