Jurutera AS ditahan bantu Houthi bina dron, bahan letupan

Jurutera AS ditahan bantu Houthi bina dron, bahan letupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang jurutera elektrik Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (AS) ditahan kerana didakwa membantu kumpulan Houthi di Yemen dengan membeli bahan untuk menghasilkan bahan letupan dan dron buatan sendiri serta melakukan perjalanan ke negara itu.

Ashton Hamed Ellaboudy, 51, dari Richland, Washington, ditahan pada Khamis dan dijadual menghadiri prosiding mahkamah pertamanya semalam, lapor CBS News yang memetik Jabatan Kehakiman AS.

Menurut FBI seperti dipetik CBS News, Ellaboudy berusaha membantu Houthi meningkatkan keupayaan komunikasi kumpulan itu dan melakukan perjalanan ke Yemen pada September tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jabatan Kehakiman AS berkata, Ellaboudy menggunakan pasport yang dikeluarkan kepadanya ketika bekerja di Kor Jurutera Tentera Darat AS untuk pergi ke Oman, yang ketika itu bersempadan dengan Yemen.

Ellaboudy didakwa mengikut undang-undang AS yang melarang pemberian sokongan material kepada organisasi yang ditetapkan sebagai organisasi pengganas asing, termasuk Houthi.

Jika disabitkan kesalahan, beliau berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun, menurut Jabatan Kehakiman AS.

Yemen dilanda konflik sejak Houthi merampas ibu negara Sanaa dan beberapa wilayah pada 2014, mendorong pakatan diketuai Arab Saudi campur tangan pada 2015 bagi menyokong kerajaan Yemen yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.- ANADOLU

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN