Irene Sofiya selamat dikebumi, lebih 100 hadir majlis pengebumian - Utusan Malaysia

Irene Sofiya selamat dikebumi, lebih 100 hadir majlis pengebumian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Jenazah Allahyarham Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, Yong Peng, di sini pada pukul 7.50 malam, tadi.

Suasana pilu dan hiba menyelubungi kawasan tanah perkuburan sebaik sahaja urusan pengebumian remaja berkenaan selesai dilaksanakan sejurus selepas solat maghrib.

Dianggarkan seramai lebih 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara serta penduduk setempat hadir bagi memberikan penghormatan terakhir dan mengiringi perjalanan terakhir arwah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum itu, jenazah yang dibedah siasat di Hospital Sultanah Nora Ismail dibawa ke kediaman keluarga di Kampung Parit Selamat di sini untuk disolatkan.

Terdahulu, media melaporkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemukan maut di dewan sebuah sekolah di Yong Peng, di sini dipercayai dibunuh, petang semalam

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad memaklumkan pihaknya telah menahan reman seorang remaja lelaki berusia 16 tahun selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN